Friday, November 28, 2008

Sokonglah Bahasa Kebangsaan Kita

Kalau kita merayau ke dalam internet begitu banyak sumber rujukan dalam bahasa inggeris,bahasa cina, bahasa india,bahasa perancis dan pelbagai lagi.Bila taip sesuatu perkataan di google search atau yahoo search atau search enjin lain dalam bahasa melayu tak ada atau perkataan tersebut tidak dijumpai tapi kalau taip bahasa inggeris apa-apa perkataan terkeluarlah listing berjela-jela tak habis nak pilih.
Kalau orang Jepun boleh maju seperti negara maju lain dieropah,kalau bahasa cina boleh terpampang di mana-mana negara didunia mengapa bahasa melayu tidak jadi seperti mereka.Adakah orang melayu tidak pandai berbahasa inggeris atau jepun atau cina atau lain-lain bahasa lagi? tepuk dada tanya hati.Kalau kita download apa-apa software dan install kedalam komputer, semasa proses installasi tu komputer minta kita pilih apakah jenis bahasa yang kita ingin gunakan adakah terdapat bahasa melayu disitu?saya rasa bahasa indonesia ada,thai ada, viatnam ada bahasa melayu tak ada mana perginya? tanya diri kita apakah sumbangan kita supaya bahasa melayu dimertabatkan sebagai bahasa antarabangsa.

Disini terdapat kisah yang betul-betul terjadi bukan rekaan dan saya sendiri sedang lakikannya.Cerita ini berpunca dari banyak kes pecah rumah yang berlaku tetapi si pencuri masih belum dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.Agaknya kalau anda sebagai komuniti tempat berkenaan apakah tindakan anda, tunggu sehingga pihak berkuasa tangkap pencuri itu ataupun anda akan masuk komuniti rukun tetangga.
Dari sini barulah kita nampak keberkesanan rukun tetangga itu.Rukun tetangga sememangnya dianggotai oleh orang dewasa tetapi kalau tiada komuniti muda remaja bersama mereka adakah komuniti ini akan berjaya? saya rasa tidak. Mana mampu orang tua dewasa mengejar si pencuri kalau berlaku kes-kes ditempat tersebut.Kalau komuniti itu hanya dianggotai oleh orang muda sahaja adakah komuniti itu akan berjaya? saya rasa juga tidak kerana anak muda remaja ada kerja-kerjanya juga

maaf saya akan sambung lain kali kerana sekarang sudah jam 2.20 pagi dan saya akan mengikuti komuniti rukun tetangga untuk sama-sama berjaga.
saya rasa kalau si pencuri datang saya tak mampu nak kejar tapi kenapa keluar bersengkang mata bersama komuniti ini jawapannya hanya ALLAH yang beri pahla


Untuk itu sama-samalah kita memberi sumbangan yang termampu supaya bahasa kita diantarabangsakan.
Sekarang ini terdapat satu komuniti sumber terbuka(open source) sedang giat menjalankan penterjemahan berbagai sumber terbuka kedalam bahasa melayu dan dengar katanya komuniti ini kekurangan ahli berikut ialah e-mail yang saya terima daripada komuniti ini

Projek Terjemahan Bahasa Melayu


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bagi anda yang berminat untuk membuat kerja-kerja sukarela dan
menyumbang tenaga, ilmu dan buah fikiran kepada masyarakat dan
komuniti Internet Malaysia, Internet boleh menjadi tempat untuk anda
menyumbang..........maklumat langut di http://cikgucyber.blogspot.com/2008/11/projek-terjemahan-bahasa-melayu.html atau klik link ini

0 comments: