Thursday, January 29, 2009

proton MPV baru

info semasa proton mpv

Proton rancang eksport MPV - Indonesia, Thailand jadi sasaran pasaran luar negara


SHAH ALAM 8 Sept. – Proton Holdings Bhd. (Proton) bercadang untuk memasarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya di luar negara selepas pelancarannya di pasaran tempatan.

Pengarah Urusannya, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, syarikat menyasar untuk memasarkan MPV tersebut pada hujung Mac atau awal April tahun hadapan.

‘‘Tiga bulan selepas dilancarkan untuk pasaran tempatan kami akan memasarkan MPV itu di luar negara seperti Indonesia dan Thailand.

‘‘Kami yakin MPV tersebut dapat bersaing dengan kenderaan MPV lain kerana kami telah mengkaji, menetapkan penanda aras dan spesifikasi serta harga yang berdaya saing untuk dipasarkan di luar negara,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran pertandingan menamakan MPV pertama Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, segmen pasaran MPV di Indonesia contohnya adalah besar dengan 40 peratus daripada pasaran kenderaan negara itu adalah kenderaan jenis tersebut.

‘‘Pelancaran MPV pertama Proton itu berada pada landasan yang betul dan pada masa tepat yang memenuhi kehendak pelanggan serta merupakan kenderaan untuk keluarga dengan tujuh bilangan tempat duduk dengan ciri keselamatan dipertingkatkan,’’ katanya.

Terdahulu, Proton telah melancarkan pertandingan menamakan MPV pertama buatan tempatan itu.

Syed Zainal berkata, pertandingan yang menawarkan MPV tersebut sebagai hadiah utama merupakan ulangan kepada langkah yang pernah dilakukan Proton semasa mula memperkenalkan kenderaan pertamanya, proton Saga.

berita selanjutnya utusan online ...

0 comments: