Tuesday, February 17, 2009

Obama beri anugerah khas kepada Stevie Wonder

PEMUZIK genius dan juga penyanyi lagenda kulit hitam, Stevie Wonder yang terkenal dengan lagu "I Just Called to Say I Love You" dan "You Are the Sunshine of My Life" akan menjadi penyanyi pertama diberi penghormatan oleh Presiden Amerika, Barack Obama pada 25 Februari ini.

Wonder yang telah memenangi Anugerah Grammy sebanyak 22 kali itu akan menghiburkan semua tetamu kehormat di White House pada 25 Februari ini dan sekali gus akan memenangi 'Gershwin Prize for Lifetime Achievement' dari the Library of Congress.

Wonder, yang mempunyai banyak hit popular, adalah antara penyanyi yang diundang khas ketika sambutan majlis perlantikan Obama baru-baru ini.

0 comments: